August 2008

This weekend plan nak balik Terengganu.. dah lama tak jejak kg.. tapi cam biasa la tak leh lama2, banyak benda kat tempat kerja menunggu kalau lama2 cuti.. nak relax pun tak tenteram bila orang lain terpaksa ganti kerja kita semata-mata kita nak bercuti. tak apa la... raya nanti boleh cuti puas2 seminggu lebih kat kampung. Em.. bercakap pasal puasa & raya, tahun ni kami sambut ramadhan bertiga... aku, hubby & mikachan... hahha.. tu gelaran untuk am.. mikhaeyl.. mikachan... kuhik! makin lasak dia sekarang, dah la badan semangat, kadang2 aku sendiri angkat bendera putih. Pantang tak pandang kejab, berdesup dia hilang, cari la kat dalam mana2 bilik.. celah2 almari... grill mmg tak leh biar terbukak... tu baru menyusur blm merangkak.. nanti kalau dah blh berjalan tak tau la nak cakap apa. Em.. weekend ni bagi dia peluang tunjuk skill kat atuk & nenek kat kg. Tapi bila tengok perkembangan dia depan mata mcm satu kepuasan, lagi2 skng dia dah boleh sebut mama.. (sorry ye pa...papa lambat skit) kadang2 dia mengikut apa yang kita cakap.. kalau aku sebut putih.. dia pun nak sebut jugak walau just 'tih'.. kalau aku sebut hitam.. dia pun nak jugak kuat dia nyer 'tam'. Namun tu ler pengarang jantung aku.. tention kat tempat kerja pun boleh hilang bila tengok gelagak dia...

tahun 2008 dah hampir ke penghujung, banyak lagi benda yang tak tercapai... harap before end of this year aku boleh tukat motor hubby aku tu ngna motor baru, RXZ ker huhhuh.. then aku nak amik kete baru buat gi kerja... yang save minyak skit.. viva ok tak?  MR EG tu next year dah settle. tapi bila dah ada baby ni nak kena beli yang selesa skit... WISH pun ok per.. balik kg boleh bawa family jalan2 sekali.. tapi yang penting aku nak beli h/fone baru dulu.. ye.. itu yang penting... tepon aper? mesti la N95.. kuhik! selera besar ajer... tapi tu le guna kerja, betul tak?

Bubbye..

                            

Sayonara.... will miss u so much tini!!

semalam (1/July/2008) aku cuti... medical leave, adam pun demam. Tak sangka nak dapat sms dari tini cakap dia nak berenti dan semalam last day.. that's mean aku tak sempat jumpa dia sbb hari isnin masa aku datang dia lak cuti. Aku tak sangka dia buat keputusan sedrastik ni.. tapi aku tahu tu semua utk kebaikan dia dan masa depan dia. Tapi masa tu jugak aku rasa benci sangat pada orang yang buat dia pilih jalan untuk blah mcm tu jer..

Hari ni aku ke tempat kerja, tempat dia dah kosong.... yang paling best bos pun tak tau dia dah resign sbb surat dia serah terus pada HR dan pagi tadi aku mengadap bos cakap dia dah berenti. walau baru 2 tahun kenal dia... tapi terasa sangat... kalau dia baca blog aku ni.. aku nak dia tau aku rindu dia sesangat... :) terasa bila dia tak ada.. beza boleh kita rasa orang tu tak ada sebab cuti atau cuti terus...

Terasa sangat bila dia tak ada, maybe sbb dia teman paling rapat kat ofc ni.. kalau ngantuk dia tempat aku cari citer.. borak2... gelak2 ngutuk2.. dengan dia jugak aku rebut2 gi cafe pagi ke tengahari ker... dan dengan dia jugak aku boleh ngumpat orang kat sebelah sbb orang tak paham kitorang borak aper.. hahaha.. tu bagus tau loghat kelantan & trg.

Dan hari ni aku start gi cafe sorang2. tengahari dah tak naik sbb tak best nak makan sorang2... thah ler.. masa hubby aku berenti dari company ni pun aku tak terasa sangat sbb dia ada. Lepas ni aku tak tau la aku boleh ngam ke tak ngan orang baru yang akan gantikan dia.

apa aku harap, dia akan bahagia dan jumpa orang yg boleh jaga dia.

P.S : mek... thanks sbb banyak tolong D selama ni... take care dan selalu la contact diey key.. will miss u & our memories...

~Selamat Datang Permata Hatiku~

27122007489 19hb November 2007.. akhirnya aku kini bergelar ibu...terdengar tangisan permata hatiku MUHAMMAD ADAM MIKHAEYL membuatkan segala kesakitan hilang sekelip mata. Heee..heee.. time tu jugak aku pandang wajah suami aku kat sebelah.. kuhik! kuhik! ada genangan air mata. aku tak tau sama ada air mata gembira atau air mata tahan sakit sbb aku cengkam tangan dia masa tahan sakit nak bersalin tadi. Apa-apa pun aku tahu dia gembira.

Waktu lahir berat adam 3.11kg, kira berat jugak ler.. first time pegang adam tiba2 aku tertumpah kasih pada dia.. tengok mata dia... bibir kecil dia... jari2 dia yang kecil comel.. betul la kata orang selagi kita tak jadi seorang ibu kita takkan tau perasaan kasih seorang ibu pada anak..

Bila adam lahir.... perjalanan harian hidup aku pun pasti berubah.. no more movies, no more bowling for a few months may be... dah tak leh nak tidur lena-lena mcm dulu... tapi aku tak kisah demi adam. Yang best papa dia pun dah tak boleh nak kuar lepak2 cam dulu, malam wajib ada kat umah... hehehe.

Mak cakap aku bertuah sbb adam susah nak menangis.. kalau nangis pun sbb lambat dapat susu tu pun suara dia kuar tak kuar je. kengkadang aku saja sakat adam nak suruh dia nangis lama2 dan kuat2 mcm baby orang lain.. tapi bila tengok air mata dia kat tubir mata tak sampai hati la pulak.. thah la.. aku dah jatuh sayang sangat kat baby aku ni,lagi2 bila dia gelak. Lebih sayang dari aku sayang papa dia.. hahaha.. sorry ye pa. Tu buat aku terfikir tak ada perasaan agaknya manusia yang sanggup buang dan dera baby tu..

Harapan aku.. sempena tahun baru ni jugak.. moga aku dan hubby aku akan lebih bahagia dengan kehadiran adam.. untuk kengkawan aku ida, dien dan amy.. tahniah sbb korang pun dapat baby mcm aku jugak.

Next.... 3 bulan lagi may be kerja aku makin bertambah dan mungkin dah berlainan dari kerja2 aku sekarang ... yang pasti aku kena baiki banyak benda dalam diri aku especially bab komunikasi. kenapa? nanti aku cakap bila dah sampai waktunya.

~ Aku ... Hari Ini~

2198a

Dah hampir 3 bulan aku ngan hubby aku pindah umah baru kat pinggiran subang. Banyak lagi barang yg nak kena beli utk completekan rumah tu. Dah le semua pun beli baru, kalau yang lama pun set bilik tidur yang kitorang beli masa kawin hari tu.

Skang pun aku baru terasa tanggungjawab sebenar jadi seorang isteri. Masa tinggal ngan family hubby aku dulu kitorang biasa balik kerja makan luar then baru balik umah. Balik tengok TV. Baju kotor masuk washing machine dan tunggu siap sambil lepak. Tapi skang, balik kerja kepala otak tak habis lagi hilang penat pasal kerja nak kena fikir pasal satu soalan ‘nak masak apa hari ni?’ sebab la kat kampong mak aku selalu tanya nak makan apa hari ni rupanya bila dah tiap2 hari masak dah tak ada idea dah nak masak. Nasib baik hubby aku bantai makan je apa aku masak walau pun aku berani mengaku baru 3 minggu aku baru pegang periuk masak (sejak aku pindah umah baru ni) tu pun sbb dia tau kalau dia komen sikit mesti aku tarik muka boikot tak nak masak lagi. Aku dah warning awal2 aku tak pandai masak. Aku memang jahil giler pasal masak. Baru sekarang aku cari buku resepi ganti majalah EH! aku tiap2 bulan. Baru pandai rasa penat bila dah siap tengok rumah bersepah. Wa.. akhirnya aku rasa apa yang mak aku rasanya. Dengan perut yang dah mcm bukit ni kengkadang rasa nak menangis penat. Nasib baik hubby aku ringan tulang. Tapi tu semua terubat bila skang aku dan hubby aku dah ada privacy sendiri. Tengok tv sambil makan ice creame. Dan paling buat aku tenang bila borak ngan baby aku yang mcm faham2 je bila aku borak ngan dia… bila dia tendang2 rasa tak sabar nak jumpa dia.

Em.. cakap pasal baby aku ni, kitorang budget dapat baby girl sbb aku skang suka sangat conteng muka aku… make up la.. bukan conteng ngan pen… hehehe.. tapi last week aku gi scan rupa nya baby boy.. hamboi.. senyum la hubby aku nak dapat pendekar kundur mcm dia. Bagi aku, aku tak  kisah boy ke girl janji sempurna dan baik budi pekerti.. ameeenn…. Skang hubby aku lagi excited beli baju baby dari baju wife dia. Kadang2 jeles gak tiap2 bulan ada peruntukan untuk barang2 baby, aku buat muka sadis mcm mana pun baju baby jugak yang dia beli. Buat tak nampak je muka toya aku tengok baju2 tergantung, last aku amik bayar sendiri. Lantak!!! Hehehe… janji aku dapat… tapi kesian gak tengok hubby aku dah lama tak beli baju baru… huhuhu. Nanti mama belikan papa baju raya banyak2 key…hehhehe.

LOVE U SO MUCH PAPA....

.: CEMBURU :.

Dsc00022001

Kadangkala kita tidak tahu apa bakal terjadi esok hari, sebab itu aku tidak pantas untuk menutur bicara tanpa memikirkannya dahulu buruk baiknya. Orang terapat denganku sering membuat telahan dan pernah memarahi aku kerana terlalu memikirkan terlalu jauh untuk mengolah jawapan walau perkara sekecil zarah sekali pun. Tapi walau kecewa kerana ada yang tidak senang dengan caraku aku diamkan sahaja kerana sudah acap kali melihat insan yang menyesal kerana tidak ambil peduli butir bicaraku. Dan aku memang malas melayan manusia yang bertanya tapi membangkang jawapanku. APA GUNA BERTANYA KALAU PUNYA JAWAPAN SENDIRI?

Hari ini aku melihat satu lagi scenario di hadapan mata. Ini berkaitan cinta dan cemburu. Juga dengan kawan yang mungkin tidak serapat mana. Dulu bila aku nyatakan perasaan cemburuku dia pernah memotivasikan aku, tak guna cemburu. Biarkan sahaja. Senang benar membuat keputusan. Terdetik di hatiku mungkin dia belum punya insan yang benar-benar bertahta di hati, mungkin dia belum punya insan yang dirasakan miliknya. Mungkin dia belum punya insan yang benar-benar disayangi. Dan aku diamkan saja menyimpannya sendiri. Dan hari ini dan saat ini, aku sering mendengar dia bercerita tentang seorang insan, sering mengaitkan nama insan tersebut dalam apa cerita sekali pun, dan saat itu aku dapat membaca telah ada insan istimewa dihatinya saat ini. Aku tumpang gembira kerana usianya sudah sebayaku namun masih belum ketemu pendamping yang benar-benar sesuai. Aku tidak tahu kenapa kerana pada pandanganku dia sering menjadi tumpuan namun sering saja ada yang tak kena pada pandangan dia. Dan saat ini aku mula mendengar percakapannya, keluh kesah tentang insan yang bertahta dihatinya saat ini. Mula syak bila temannya itu berbalas sms dihadapannya. Dan aku juga mampu membaca rasa cemburu telah mula tumbuh. Dari riak wajah sahaja mampu aku menceritakan.. namun aku tak berbicara apa, tidak mahu ambil tahu menambahkan ke aktifan otak aku untuk berfikir masalah cinta orang lain.

Aku lega kerana aku tahu perasaan cemburu itu bukan sahaja pada diriku namun untuk semua insan yang dimiliki dan memiliki. Bukan aku yang dangkal pemikiran, cemburu dalam cinta… insan lain juga bisa cemburu dan cemburu itu normal sebenarnya. Terasa bebas kerana sering kali aku mengutuk diriku ini punya sifat buruk bila cemburu pada pasangan hidup dan teman kekasihku. Dan hari ini aku jua mengerti perasaan cemburu itu hinggap dihati bila diri mula menyayangi.Jadi tidak salah andai aku sering merasa cemburu bila teman kekasihku agak mesra dengan insan lain. CEMBURU TANDA SAYANG… jika pasangan anda terlalu ‘bebas’kan anda tanpa sekelumit rasa cemburu.. anda fikirla sendiri jawapannya kerana jawapan kita tak semestinya sama.

~Our 6th Anniversary Papa...~

Muara_ikan_bakar_klng Dsc00022Muara_ikan_bakar_klng_1

em.. Pejam celik pejam celik dah 6 tahun aku jumpa hubby aku ni… hari ni 24.06.07 tepat 6 tahun dari tarikh pertama pertemuan kami dan hari ni jugak genab 6 bulan perkahwinan kami…. Dalam duk gaduh.. Baik..gaduh lagi… baik lagi… merajuk lagi… pujuk mcm nak rak... gaduh lagi... rupa sempat jugak 6 tahun usia perhubungan kami. Hem... actually nothing special, tapi cukup la satu hari suntuk kami habiskan masa bersama. My hubby bawak aku gi dinner kat MUARA IKAN BAKAN PORT KLANG. Actually tu merupakan tempat pertama dia bawak aku dating masa baru kenal.Huhuhu.. terharu gak sbb dia masih ingat... aku tahu dia try nak jadi yang terbaik dan husband yang romantik sbb aku selalu cakap dia hati kayu... tak romantik... hahaha... maaf ye papa... Tapi aku rasa.. walau pun dia cakap dinner ni utk anniversary kitorang dia lagi banyak makan dari aku sampai tersandar kat kerusi.. apa tak nyer aku makan ciput jer yang lain dia dengan sukarela jadi Dewan Bandaraya tolong bersihkan... sotong masak pedas, ketam tiga rasa, tomyam ayam, pari bakar dan kailan goreng. Masa amik tu mmg mcm sikit jer tapi bila dah masak mcm untuk 4 orang makan. Tak apa la sekali sekala buncitkan perut. Kitorang plan before ada baby ni nak gi relax kat mana-mana. Jadi tak jadi tak leh nak confirm lagi.. next month maybe tengah bulan or hujung nak gi johor.. makan otak2... main fun fair kat Danga Bay... hhehehe.. then before September nak honeymoon kat Sarawak... Damai beach resort Kuching.. boleh jumpa sedara hubby aku kat rumah kebudayaan sarawak.. haahhaha... ala yang pegang sumpit tu. So saper2 yang ada nak kirim ikan terubuk masin ke.. kek lapis sarawak ke... gambir sarawak ke... (huk alla.. kalau tak malu kirim le..) bagi list cepat2. Ok lah...

untuk papa .... tima kasih untuk kasih sayang dan jagaan papa selama ni... love u beary beary much.

~Dance for days with My new N73 Music Edition~

3035_7_nokia_n73_music_edition 3035_6_nokia_n73_music_edition B001                                    

Em.. hari tu my hubby dapat fone K800i dia... kali ni oleh kerana Motorola V3i kesayangan aku tu dah rosak.. terpaksa la aku pun membazirkan duit pemberian mak untuk beli telefon baru. Hajat memang nak beli N95 tapi harga dia tu yang buat aku fikir beratus kali.. takkan nak buang RM3K semata-mata untuk tepon. last-last N73 je masuk dalam poket. Tapi tak per ler... sbb aku nyer memory card lagi besar dari hubby aku.. hahaha.. mesti dia jeles nengok betapa banyak games, gambar dan lagu yang mampu aku sumbat dalam fone tu... Yang tak best nyer semalam dia dah mula buat muka kesian nak pinjam fone tu. Ni yang aku lemah ni. Tapi tak kisah le... janji dua-dua dah ada 3G.

~Putrajaya...~

Putrajaya_8

" KEKAL : SPIDER .....kau didalam hati ku, kau dalam ingatan.. kau sebagai kasihku kekal sepanjang zaman... kira kau dan aku suatu hari nanti akan bersatu...."

03.05.07.... sempat habiskan masa di putrajaya.. thanks papa.. actually dah lama nak kesini tapi ada je hal lain.. Ajip_aliyaso hari ni after ke bukit permai (one of our fov. place untuk dating masa dolu-dolu ye pa...) untuk majlis perkahwinan kawan papa (razif & aliya) kita terus ke putrajaya... shopping kat Alamanda.. then makan kat medan selera... next anniversary plan nak dinner ngan papa & our baby (insya Allah) mengelilingi tasik putrajaya dengan gandola cruise.

.: ZOO NEGARA :.

Dsc0000315hb April 2007 : Hehhheeehh… hampir berbelas tahun tak jejak tempat ni dan hari ni aku ngan hubby aku amik keputusan muktamat untuk melawat binatang ternakan yang telah lama kami tinggalkan.. Ke mana? ZOO NEGARA.

Dsc00001_1 Huhuhu… sebenarnya dah lama gak terdetik nak ke sana.. dah lama tak tengok si SITI gajah yang gemuk tu... Si tapir yang suka tidur tu... Si Beruang yang tergedek2... tapi paling kesian tengok pakcik peguin yang tinggal 3 ekor je tu... sedih je muka dia... Penat sangat round 1 zoo, balik ke pintu masuk naik train je.. dah tak larat nak hayun kaki, dengan panas nyer...pengunjung pun ramai... sesak nafas di buatnya. Apa2 pun memang best sekali-sekala dapat datang balik ke tempat yang pernah kita lawat zaman kanak2 dulu. Next.... akhir bulan nanti jalan-jalan cari pasal kat KEDAH. Nak gi cari buah pala... adus!!! mesti best shopping kat saner...

~CameRoN HigHLanD~

P3310616_6 31 march… aku, my hubby and my officemate tini ke perak. Adik kawan hubby aku kawin, so amik kesempatan tu untuk ronda2 kat perak. After balik dari kenduri kitorang terus ke Cameron Highland… tempat pertama yang kami tuju mesti la P3310617 strawberry park.. huhuhuh!! Banyak gak aku ngan tini borong. Kat sini semua berasaskan strawberry.. ice cream .. gula-gula… patung.. belon… Bonzai pun cantik2 tapi.. tau je le bukan rajin sangat nak menjaga benda alah tu so pandang je ler... Dari cameron kitorang P3310645 singgah jap kat LATA ISKANDAR. Ayor terjun...hik!! my hubby yang nak mandi sangat dari KL lagi duk cakap nak mandi kat saner, tapi... kesian pun ada, sampai je kat LATA ISKANDAR, hujan turun.. lebat lak tu. Tau je le air terjun masa ujan, makin menjadi-jadi ler terjunan maut dia. Jadi untuk keselamatan terpaksa la hubby aku tu kuburkan hasrat dia. Tapi tetap tak putus asa... terus ke LATA WOH. Air dia best sbb suam2 je... tapi tak mandi pun...(ada bau kurang menyenangkan sikit) rendam kaki je ler.... Dalam kul 7 kitorang kuar dari Perak.. tak tau nak buat apa, terus ke GENTING HIGHLAND. Jalan2 perabiskan duit kat Indoor game… Kali ni Cuma dapat mini diary je.. anak patung tak dapat. Tu pun my hubby yang dapatkan (lontar dadu dalam bakul kayu..huhuhuh) Sejuk? Jangan cakap ler… bulu mata pun dah naik putih ..heheheh. Around 11 PM kitorang turun dari GENTING. Berhenti kat HAPPY GARDEN KG BARU pekena nasi lemak panas…. Then hantar tini balik… kemudian… Zzzzzzz!!! Selamat malam.